Dari meja kaunselor

SENARAI TUGAS KAUNSELOR
  • Menyedia rancangan tahunan program dan aktiviti perkhidmatan Bimbingan dan Kaunseling Sekolah
  • Mengenalpasti keperluan perkhidmatan Bimbingan dan Kaunseling sekolah melalui kajian keperluan, soal selidik, temu bual dan perbincangan dengan pelajar, guru, pentadbir, kakitangan sekolah, ibu bapa dan bekas pelajar.
  • Merancang, mengawalselia dan mengemaskini rekod dan inventori pelajar.
  • Mengumpul, menyelia, menyebar maklumat Bimbingan dan Kaunseling kepada semua pelajar melalui sebarang media yang sesuai.
  •  Mengelola dan melaksanakan aktiviti Bimbingan dan Kaunseling kelompok dan tunjukajar (instructional) yang meransang perkembangan pelajar secara optimum.
  • Merancang, melaksana dan mengawalselia perkhidmatan kaunseling individu secara profesional dan beretika.
  • Merancang, melaksana, mengawalselia aktiviti kemahiran belajar untuk semua pelajar.
  • Merancang, melaksana, mengawalselia serta menilai program dan aktiviti pemberian maklumat sesuai dengan penawaran pakej pensijilan terbuka dan  keperluan IPT.
  • Merancang, melaksana, mengawalselia dan menilai program dan aktiviti pendidikan pencegahan dadah, inhalan, rokok dan alkohol.
  • Merancang, melaksana, mengawalselia dan menilai program dan aktiviti untuk menyedia dan mendedahkan pelajar kepada peluang melanjutkan pelajaran di  institusi pengajian tinggi dalam dan luar negara.
  • Merancang, melaksana, mengawalselia dan menilai program dan aktiviti perkhidmatan konsultasi dan rujukan berhubung Bimbingan dan KAunseling,  Kerjaya dan Pendidikan Pencegahan Dadah.
  •  Merancang, melaksanakan, mengawalselia dan menilai program dan aktiviti konferens dengan ibu bapa, guru, kakitangan bukan guru dan agensi kerajaan dan bukan kerajaan yang terlibat dalam proses pendidikan dan perkembangan pelajar.
  • Membuat penilaian aktiviti, modul, model, instrumen dan pendekatan secara menyeluruh bagi meningkatkan mutu dan profesionalisma perkhidmatan  Bimbingan dan Kaunseling.
  • Merancang, menyelaras dan menilai sumber dan bahan resos perkhidmatan Bimbingan dan Kaunseling.
  • Menjadi urusetia kepada Jawatankuasa Penyelaras Perkhidmatan Bimbingan dan KAunseling.
  • Menjadi penggerak utama dalam program latihan dalaman bagi menyebarkan kefahaman dan peningkatan profesionalisma perkhidmatan Bimbingan dan Kaunseling di sekolah.
  •  Memberi khidmat kaunseling krisis kepada pelajar, guru, kakitangan dan ibu bapa yang memerlukannya.
  •  Menjadi personel perhubungan/seranta sekoalh dengan agensi-agensi luar yang berkaitan.
  •  Menjadi ahli jawatankuasa ex-oficio dalam jawatankuasa kurikulum sekolah.
  •  Menjadi ahli jawatankuasa dalam Majlis Perancang Sekolah, Disiplin Sekolah dan Jawatankuasa Lembaga/Badan Pengawas Sekolah.
  •  Menjadi penyelaras dalam program mento-mentee sekolah.
  •  Menjadi Penyelaras dalam program-program pengembangan pelajar seperti kolokium, motivasi, kem jaya diri dan kursus ketatanegaraan.
 
Peranan

Peranan yang boleh dimainkan sebagai seorang kaunselor mestilah berlandaskan pengetahuan bimbingan dan kaunseling yang tepat supaya mampu menangani masalah di sekolah dan berjaya menghidupkan fungsi sebenar bimbingan dan kaunseling di sekolah menengah. American School Counselor Association (ASCA) telah menggariskan tanggungjawab profesional kaunselor sekolah seperti berikut:

1. Menolong penuntut untuk memahami dirinya dalam hubungannya dengan dunia sosial dan psikologi di tempat dia berada. Ini bermakna menolong penuntut untuk memahami sikap, minat, bakat, kebolehan, peluang-peluang untuk penyempurnaan kendiri dan hubungan-hubungan di antara yang tersebut di atas.
2. Menolong penuntut untuk bertingkahlaku yang sesuai dengan bakat, minat, sikap, kebolehan dan peluang untuk penyempurnaan kendiri.
3. Menolong penuntut mencapai keperluan untuk mengembangkan keupayaan membuat keputusan sendiri.
4. Membantu semua kakitangan sekolah untuk memahami perlunya orang perseorangan dan memberi maklumat tambahan dan bantuan perundingan bertujuan untuk membantu supaya lebih memahami lagi tentang penuntut.
5. Menentukan atau mempastikan pengaruh program sekolah ke atas pelajaran perkembangan psiko-sosial penuntut dan menyampaikan maklumat untuk kakitangan lain.
6. Memberitahu kakitangan yang lain tentang perubahan-perubahan yang signifikan di sekolah yang memberi kesan dengan perkembangan program yang berkaitan.
7. Membantu ibu bap untuk memahami kemajuan pengembangan anaknya, keperluan-keperluannya dan peluang-peluang lain sekelilingnya; bertujuan untuk menambahkan kebolehan memberi sumbangan kepada perkembangan anak mereka sendiri.
8. Membuat interpretasi kepada komuniti pentingnya hal bertimbang rasa untuk individu dan memberi sumbangan kepada program kaunseling sekolah.
9. Membantu melancarkan di dalam masyarakat peluang-peluang lain yang perlu untuk perkembangan penuntut.
10. Mengguna atau membantu melancarkan rekabentuk sumber-sumber masyarakat bagi memenuhi segala keperluan penuntut yang ekstrem atau yang tidak lazim serta luar tanggungjawab sekolah.

Kod etika Kaunselor/Guru Bimbingan

1. Seorang kaunselor, dalam menghormati martabat setiap klien memberi kepadanya taat setia. Guru bimbingan  menerima tanggungjawab untuk menjaga perhubungannya yang rahsia dengan kliennya
2. Seorang kaunselor akan menerima sesiapa sahaja yang datang untuk mendapat bantuan daripadanya. Namun begitu dia tidaklah sampai membenarkan permintaan terhadap perkhidmatannya itu boleh mengurangkan kualiti perkhidmatannya.
3. Seorang kaunselor secara aktif memperkembangkan konsep kaunseling sebagai kerjaya. Beliau cuba mengelakkan mereka yang tidak berkemampuan daripada menjalankan kaunseling.
4. Kaunselor patut mendapat kerjasama dan bantuan daripada kakitangan dan pentadbir lain untuk menyediakan perkhidmatan kaunseling yang diperlukan oleh sekolah.
5. Jika perlu, kaunselor hendaklah merujuk klien kepada pihak yang sesuai. Jika ini dilakukan, kaunselor perlulah selalu membuat rujukan untuk mempastikan klien tersebut menerima kaunseling berterusan.
6. Sebagai salah seorang kakitangan sekolah, kaunselor hendaklah menerima tanggungjawab melaksanakan tugas-tugas lain secara umum. Jika tugas tersebut mencampuri tugasnya sebagai kaunselor, kaunselor boleh menolak tugas itu dengan bijaksana.
7. Kaunselor perlu untuk terus berkembang dari segi kerjayanya. Dia hendaklah berusaha menambah pengetahuannya untuk membaiki lagi perhidmatannya.
8. Kaunselor mencari dan mendapat pekerjaan berdasarkan kelayakan.
9. Kaunselor perlulah mengekal hubungan aktif dalam kumpulan atau kumpulan-kumpulan profesional yang lain.
10. Kaunselor perlu melibatkan diri secara berterusan dalam penyelidikan untuk pertumbuhan peribadinya atau perkembangan kerjayanya.
11. Kaunselor patut menilai kerja-kerjanya dari semasa ke semasa. 

No comments:

Post a Comment