Inventori tret personaliti


INVENTORI PERSONALITI

Personaliti boleh diinterpretasikan sebagai ciri-ciri unik individu yang membezakan antara satu sama lain. Selain faktor ketetapan genetik, personaliti berubah mengikut peredaran masa menurut tahap-tahap dalam kehidupan, persekitaran sosial dan gender. Dalam konteks pendidikan, Inventori Personaliti tidak bertujuan untuk melabelkan murid. Keutamaan inventori adalah untuk membantu guru mencari intervensi yang sesuai dengan perkembangan personaliti dan kebolehan murid semasa proses pengajaran dan pembelajaran.

Dalam SPPK, suatu inventori personaliti khusus akan diguna pakai untuk mentaksir sahsiah murid sesuai dengan konteks budaya dan pendidikan di Malaysia selaras dengan Falsafah Pendidikan Kebangsaan.


Tujuan Inventori Personaliti

i.Mendapatkan maklumat tentang ciri-ciri perilaku unik dan stabil yang ada pada setiap individu
ii.Membantu mengenal pasti personaliti murid supaya guru dapat menggunakan strategi pengajaran dan pembelajaran yang sesuai
iii.Membantu murid dan ibu bapa mengenal pasti personaliti murid dan menyedari potensi diri.
iv.Membantu mengenal pasti konsep kendiri (self-concept) murid dan hubungannya dengan individu lain
v. Membantu mengenal pasti kesediaan murid untuk perkembangan emosi dan rohani
vi.Membimbing murid membentuk personaliti yang seimbang dan kecenderungan yang ada dalam diri murid untuk    dikembangkan
vii.Membantu guru untuk merancang pelan tindakan strategik bagi meningkatkan lagi mutu pengajaran dan    pembelajaran
viii. Mewujudkan kesedaran diri yang tinggi terhadap kebolehan, minat dan kecenderungan dalam kalangan murid
ix.Mewujudkan Psikologi Individu untuk rujukan pihak-pihak tertentu pada masa akan datang

1 comment:

  1. cikgu..boleh x dapatkan interpretasi tret personaliti ni...

    ReplyDelete