guru penyayang kami |
saya suka guru penyayang |
Anda tahu apa itu Program Guru Penyayang? Adakah sekolah anak anda menyambut program Guru Penyayang ini?
Program ini bertujuan menonjolkan kasih
sayang guru-guru terhadap para pelajar dengan cara menyambut kehadiran
pelajar seawal 6.45 pagi. Guru-guru akan beratur di depan pagar sekolah
meraikan kedatangan pelajar pada hari itu sambil mengucapkan terima
kasih kerana hadir. Guru-guru juga akan membetulkan tali leher ataupun
pakaian pelajar jika tidak kemas sebagai tanda ambil berat &
sayangnya guru pada anak murid. Setiap pelajar akan bersalam dengan
guru. Begitu juga waktu pulang, guru-guru akan beratur di pagar sebagai
tanda menghantar pelajar pulang sambil mengingatkan pelajar agar hadir
ke sekolah pada hari esoknya.
Pelajar tercengang2 melihat apa yang
berlaku pagi ni kerana biasa yang menyambut mereka ialah guru disiplin
dengan rotannya bersama pengawas. Mereka tertanya-tanya apa jadi
guru-guru hari ni , sangat baik menyamput mereka datang.
Sebenarnya, program ini bertujuan
meningkatkan sifat kepedulian guru terhadap muridnya dengan cara
mengamalkan nilai kasih sayang, bersikao mesra, mengambil berat, berbudi
bahasa, saling menghormati, sentiasa ceria, prihatin dan sabar.
No comments:
Post a Comment