KEM SHIELD TAHUN 2012

Tahniah kepada 2 orang wakil SMK Batu Kawan ke kem SHIELD peringkat negeri Pulau Pinang. Beliau ialah saudara Mohd Izzudin dan Mohd Danial Fazani.

Mereka berdua telah menjalani kursus dengan cemerlang hingga tamat program. tahniah diucapkan kepada saudara danial fazani kerana secara sukarela menawarkan diri sebagai pengacara majlis pada acara majlis penutupan. tahniah kerana membanggakan dan menaikkan nama SMK Batu Kawan di peringkat negeri.

Tahniah juga kepada saudara Izzudin kerana menjadi peserta terpantas dalam aktiviti Rock Climbing. Beliau menjadi orang pertama yang berjaya sampai ke puncak. Beliau diberikan ganjaran RM 10.00 daripada fasilitator yang terdiri daripada pegawai AADK (Agensi Antidadah Kebangsaan).

2 orang peserta ini telah menjalani latihan selama 4 hari bermula 8 oktober 2012 - 11 oktober 2012 di pusat kokurikulum negeri pulau pinang. seramai 80 orang peserta terlibat dalam kursus ini.


No comments:

Post a Comment