HALUAN KERJAYA SELEPAS PMR

Pada 8 Oktober 2012. Seramai 115 orang calon peperiksaan PMR SMK Batu Kawan telah mendengar satu ceramah berkaitan haluan kerjaya selepas PMR yang diadakan di Makmal Bahasa SMK Batu Kawan.



Ceramah dijalankan selama 2 jam bermula jam 8.00 pagi hingga 10.00 pagi. Ceramah tersebut telah disampaikan oleh Kaunselor sekolah iaitu En. Abdul Rahim bin Abdul Rahman.



Dalam ceramah tersebut, pelajar telah didedahkan peluang untuk menyambung pelajaran setelah tamat peperiksaan PMR. Setelah tamat ceramah tersebut, semua pelajar telah mempunyai haluan masing-masing dalam perancangan kerjaya.

Diharapkan semua calon peperiksaan PMR lebih bermotivasi untuk menjawab soalan peperiksaan PMR dengan bersungguh-sungguh dalam mencapai keputusan yang cemerlang dalam peperiksaan.

No comments:

Post a Comment