Program Minda Sihat

Pada 22/10/2012, pejabat kesihatan daerah seberang perai selatan dengan kerjasama pejabat pelajaran daerah seberang perai selatan telah menganjurkan satu program minda sihat.

tujuan program tersebut adalah untuk memberi kesedaran kepada kaunselor agar peka terhadap perkembangan minda para pelajar.

taklimat tersebut telah dijalankan di dewan kenari, pejabat kesihatan bukit panchor dari jam 2.00 petang hingga 5.00 petang. seorang kaunselor dicalonkan bagi setiap sekolah bagi mendengar taklimat tersebut.

pelbagai info telah diperolehi daripada taklimat tersebut berkaitan dengan pengurusan stress, mengenalpasti kes kecelaruan kebimbangan, dan kecelaruan kemurungan.

terima kasih diucapkan kepda Dr. Thiru Guna Venthi A/p kandan atas segala maklumat dan perkongsian.


Selamat Menghadapi Peperiksaan SPM

Kepada semua pelajar tingkatan 5 tahun 2012 smk batu kawan, pihak sekolah mengucapkan selamat menghadapi peperiksaan spm.

semoga anda dapat menjawab peperiksaan dengan tenang, dipermudahkan untuk menjawab soalan yang susah, dan dijauhkan dari soalan yang mengelirukan...

tekun menjawab

jangan leka ya....

jangan mudah berputus asa dalam berjuang mencapai kejayaan. kejayaan hanya akan dimiliki oleh insan biasa yang berusaha secara luar biasa.

all the best..

HALUAN KERJAYA SELEPAS PMR

Pada 8 Oktober 2012. Seramai 115 orang calon peperiksaan PMR SMK Batu Kawan telah mendengar satu ceramah berkaitan haluan kerjaya selepas PMR yang diadakan di Makmal Bahasa SMK Batu Kawan.



Ceramah dijalankan selama 2 jam bermula jam 8.00 pagi hingga 10.00 pagi. Ceramah tersebut telah disampaikan oleh Kaunselor sekolah iaitu En. Abdul Rahim bin Abdul Rahman.



Dalam ceramah tersebut, pelajar telah didedahkan peluang untuk menyambung pelajaran setelah tamat peperiksaan PMR. Setelah tamat ceramah tersebut, semua pelajar telah mempunyai haluan masing-masing dalam perancangan kerjaya.

Diharapkan semua calon peperiksaan PMR lebih bermotivasi untuk menjawab soalan peperiksaan PMR dengan bersungguh-sungguh dalam mencapai keputusan yang cemerlang dalam peperiksaan.

MONEY SMART BERSAMA PIDM

Pada 10 Oktober 2012. Unit Bimbingan dan kaunseling telah menlaksanakan satu program bersama pihak PIDM yang bertajuk "Money Smart". Ceramah ini telah dijalankan selama 1 jam iaitu dari jam 9.00 pagi - 10.00 pagi di Makmal Bahasa SMK Batu Kawan.


Seramai 137 orang pelajar tingkatan 1 dan peralihan telah terlibat dengan aktiviti ini. semua pelajar seronok dengan ceramah yang disampaikan oleh Encik Faruz yang mewakili pihak PIDM kawasan utara.



Unit kaunseling mengucapkan terima kasih kepada pihak PIDM kerana telah menyumbangkan hampir 500 naskah buku komik berkaitan perancangan kewangan kepada pelajar.

KEM SHIELD TAHUN 2012

Tahniah kepada 2 orang wakil SMK Batu Kawan ke kem SHIELD peringkat negeri Pulau Pinang. Beliau ialah saudara Mohd Izzudin dan Mohd Danial Fazani.

Mereka berdua telah menjalani kursus dengan cemerlang hingga tamat program. tahniah diucapkan kepada saudara danial fazani kerana secara sukarela menawarkan diri sebagai pengacara majlis pada acara majlis penutupan. tahniah kerana membanggakan dan menaikkan nama SMK Batu Kawan di peringkat negeri.

Tahniah juga kepada saudara Izzudin kerana menjadi peserta terpantas dalam aktiviti Rock Climbing. Beliau menjadi orang pertama yang berjaya sampai ke puncak. Beliau diberikan ganjaran RM 10.00 daripada fasilitator yang terdiri daripada pegawai AADK (Agensi Antidadah Kebangsaan).

2 orang peserta ini telah menjalani latihan selama 4 hari bermula 8 oktober 2012 - 11 oktober 2012 di pusat kokurikulum negeri pulau pinang. seramai 80 orang peserta terlibat dalam kursus ini.


SELAMAT MENGAHADAPI PEPERIKSAAN PMR

Unit bimbingan dan kaunseling SMK Batu Kawan mengucapkan selamat maju jaya kepada 120 orang calon PMR tahun 2012. Semoga anda dapat menjawab peperiksaan dengan tenang dan dipermudahkan menjawab soalan yang menguji tahap kepintaran anda.

Jangan mudah berputus asa dalam menghadapi peperiksaan. kuatkan tekad dan semangat untuk terus berjuang mencapai kejayaan dalam hidup ini.

KEMASUKAN KE MRSM TAHUN 2013 LEPASAN PMR

KEPADA PELAJAR TINGKATAN 3 TAHUN 2013. ANDA BOLEH MEMOHON KEMASUKAN KE MRSM TAHUN 2013 SECARA ONLINE.



KLIK UNTUK PERMOHONAN